KATA KATA MUTIARA
Kata Kata Mutiara Indah Penuh Makna
KATA KATA MUTIARA Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita.
Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak
akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita.
Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas
dan perhiasan. Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1
buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa
menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak
menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan
dengarlah sebanyak-banyaknya. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri
seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. ~
Voltaire Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia
sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan. Lebih baik tidur dengan perut yang
lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang. ~ Anonim Agama menjadi sendi
hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan
kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya
sendiri melarangnya berbuat jahat. ~ Pepatah Arab Mengetahui sesuatu dan
memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu,
tetapi tidak memahami sesuatu. Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak
bisa menemukan jalan keluar. Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya
dengan sesebuah benteng yang tidak dibela. ~ Napoleon Bonaparte Jagalah dirimu
baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan
kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab. Setiap yang kita lakukan biarlah
jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa
kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. Esok pasti ada tetapi esok belum
pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan
mendatang. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu
muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala
ketenangan jiwa. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. ~ Samuel Johnson
Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh. Kekecewaan mengajar kita
erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan
demi rintangan dalam hidup. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang
berani mati hanya sekali. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu.
Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan. ~
Abdullah Mansur M.H Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih
untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya
tidak dibajai dengan keberanian. Tiada siapa yang paling pandai dan paling
bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap
yang bodoh itu boleh menjadi pandai. Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu
ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan
itu satu masa yang ditinggalkan. Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya,
hilang kewibawaannya. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.. Keikhlasan
itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.
Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Kebanyakan orang membuang banyak masa dan
tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya. Harta
yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL.
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM.
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK. Apabila kepercayaan telah hilang
lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu. ~ Whittier
Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut,
tetapi mampu melantun kembali. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu
perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. Biarpun jalan itu panjang, kita
akan merintisnya perlahan-lahan. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan
ilmu. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya
kebijaksanaan atau kemahiran. ~ Flower A. Newhouse Sebaik-baik orang yang
diberi nasihat ialah penguasa. Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang
ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan
keserasian berkumpulan. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan
dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi
dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Berfikir sejenak, merenung masa lalu
adalah permulaan yang baik untuk bertindak. Ambillah waktu untuk berfikir, itu
adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari
masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber
ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang
diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju
kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan
hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu
untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga. Orang yang hebat bertindak
sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya. Tidak penting
bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya. Sekali anda
terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.. Orang yang paling mampu menguasai
dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya. Tiap-tiap sesuatu, apabila
banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga. Manusia
tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ~ William J. Siegel
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana
orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya. Orang-orang yang
paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha
menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya. Barangsiapa
menanam, dia yang akan menuai.. Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan
tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda. Sifat peribadi
yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan
kita berhadapan dengan kecemasan. Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda,
akan mempengaruhi diri anda sendiri. Jangan serahkan sesuatu yang penting
seperti sifat peribadi anda kepada nasib. Teman manusia yang sebenar ialah akal
dan musuhnya yang celaka ialah jahil. Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana
samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia. Jika
kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran. ~ Horatius Orang yang
paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan. ~ Mognon Me
Lauhlin Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.. Jika anda mahu
membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu,
anda akan cari alasan. ~ Peribahasa Arab Sebuah pedang diketahui keampuhannya
sesudah memotong. Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. ~ Charles
Cahier Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya. Memang amat tinggi
letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus
asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal
mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri. ~ Said Mustafa Setiap kali
tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.. Jadikan sebagai aturan
hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan
menghasil kecemerlangan. Menyimpang seinci, rugi seribu batu. ~ Peribahasa Cina
Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik
dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara. Jika kamu berhasrat untuk
berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga
tersebut. Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya
mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang
disuruh. Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang
menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya. ~ John
Petitsenn Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita
tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke
akhir hayat. ~ Joseph Conrad Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling
pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada
kesenangan yang terus-menerus. Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi
lihatlah apa yang belum kamu selesaikan. Orang yang cemerlang melihat setiap
halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak
cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan
kemundurannya. Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan
tangan di dalam poket. Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.
Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk
menghadapi malam yang akan sampai. Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman
dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa
hadapan jangan terlalu diangan-angankan. Berfikir sebelum berbuat adalah satu
kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa
berfikir adalah seribu kebodohan. Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar
bertanya dan akal yang suka berfikir. Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa
yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat.
Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda
adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar.
~ Barbara Hall Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan
mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang. ~ Whitney W
Young Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi
tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga. ~ Dr. Mahathir Mohamad Manusia
berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit. ~ Allen Tate Kegagalan
hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh
itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan
rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi. Manusia yang berhati suci
adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan
keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan
mengikuti arus perubahan kedewasaan. Orang yang bijak mempelajari banyak
perkara daripada musuhnya sendiri. Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal
kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA. Jika anda
hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah
membuat kebaikan. Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang
terhadap kesilapan mereka. Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang
mempunyai peluang untuk menjadi pandai. Gunakan akal anda seolah-olah nyawa
anda bergantung kepadanya. Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya
anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu. Jika anda berhasrat untuk berjaya,
jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga
tersebut. Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan
lupakan masa silam. Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang
bersabar. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana. Adalah lebih
baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding
kesalahan kepada pihak lain. Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan
satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari. Jika anda
hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal
kemanisan......... Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya
~ Hamba Allah Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup
sampai kepada penghabisan umur ~ Hamba Allah Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan
dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan. Rahsia
kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang
menjelma. Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya. ~
Albert Camus Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak pernah mengalah. Mengetahui perkara yang betul tidak
memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul. Kecemerlangan
adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah
batinnya. Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. ~ Cecil B. DeMille Jangan
biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke
pelabuhan. Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib
menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu. ~ Aflatun Kesempatan yang
kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar. Hidup memerlukan
pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan
ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan.
kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa
diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal. Perbezaan antara orang
yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat
difikirkan menentukan apa yang akan dicapai. Bukti yang paling jelas tentang
ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang
ia mahu dengan secara ringkas. Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh
naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan
manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya. Pemimpin
yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih
atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah
daripadanya. Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan
orang yang jahil membuka keaibannya. Jangan memandang ke bawah (untuk
mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka
yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja
yang akan menemui jalan sebenar. Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya
kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta
tingkah lakunya. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan
ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Akhlak
yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan
tidak dapat dikembalikan menjadi tanah. ~ Wahab B. Munabin Bangsa penakut tidak
boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat
curang untuk kemerdekaan. ~ Andre Colin Bangsa yang tidak percaya kepada
kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu
bangsa merdeka. ~ Soekarno Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan
adab dan budi pekerti ~ Hukama Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin
dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih
rendah darinya ~ Confucius Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu,
tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara. ~ Abraham Lincoln Agama
tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh. ~ Albert Einstein Jika
kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas
kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah
zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. ~ La
Roche Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah. Kita mesti
pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok
kita masih diberi peluang. Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg
kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan
ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. ~ Marcus Aurelius Orang yang
berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk
dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya. ~
Stahl P.J Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika
kegagalan semalam tidak dijadikan teladan. Kegagalan ialah satu-satunya yang
dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun. Sekiranya seorang manusia
dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana
Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare
menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua
yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat
tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya
dengan baik sekali. Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi,
tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan
tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah
mencapai matlamatnya. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia,
iaitu kerja dan bukannya usia. ~ Richard Brinsley Sheridan Seseorang yang
melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan
lagi. ~ Confucius Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan
memulainya sesudah tua seperti menulis di air. Harta akan habis digunakan tanpa
ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. Sampan tidak
akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu. ~ Pepatah
Arab Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. ~ Lao Tze Awal mula
pohon ialah benih.. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. Setiap mata yang tertutup
belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat. Saya
percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari
ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok. Lidahmu adalah
bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau
membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu. Jangan sesekali menggadai
prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan. Orang yg paling berkuasa
adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri. Setiap manusia adalah arkitek
kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa
dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu
untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri. Jangan
lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki,
jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.
Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan. Kalau kita melakukan semua yang kita upaya
lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya. Semulia-mulia manusia
ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. ~ Khalifah
Abdul Malik bin Marwan Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya
ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan. Kalau
tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa,
belum tentu hari ini kita akan berada di sini. Fikirkan hal-hal yang paling
hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan
engkau akan mencapai yang tertinggi. Dunia ini tiada jaminan melainkan satu
peluang. Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah
tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi. Jika
anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya.
Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan
menjadi milik anda. ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds) Komunikasi adalah sesuatu
yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg
mudah. ~ T.S Matthews Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam
mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah
gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi. Seseorang
manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk
mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan
kesilapannya. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan
hanya layak dibuat kayu api. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu
yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan
kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati. Doa memberikan
kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan
memberikan keberanian pada orang yang ketakutan. Sungguh benar bahwa kita tidak
tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula
bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita
mendapatkannya. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah. Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah
keberanian. Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha
yang besar. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama. Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus,
dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya. Sesiapa yang tidak
berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya. ~ Khong Hu Cu Orang
bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati
mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya. Yang
telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang. Bukti
akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar. Janganlah
berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa,
berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa. Dunia ini umpama lautan
yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam
didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan
selamat dari tersesat di lautan hidup ini. Setitik dakwat mampu membuat sejuta
manusia berfikir tentangnya. Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai
adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya
membalas dan bersikap adil ketika kuat. ~ Khalifah Abdul Malik Marwan Fikirkan
tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan
pun yang boleh menghentikannya. ~ Voltaire Kita lahir dengan dua mata di depan
wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah
semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita. Kita dilahirkan dengan 2 buah
telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua
buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana
yang benar dan mana yang salah. Terima kasih sudah meluangkan waktu untuk
membaca kata kata mutiara indah penuh makna Read more at: http://gocengblog.blogspot.com/2012/02/kata-kata-mutiara.html Copyright by
gocengblog.blogspot.com Terima kasih sudah menyebarluaskan aritkel ini
Tidak ada komentar:
Posting Komentar